Jumaat, 10 Oktober 2008

Taaruf Nur I See


Memikirkan kurangnya hiburan yang berunsur Islam di dalam kampus Universiti Industri Selangor (UNISEL), kampus Bestari Jaya maka kumpulan nasyid Nur I See dengan secara rasminya telah ditubuhkan pada tahun 2007 di bawah Persatuan i Rakan (wadah Islam di UNISEL) melalui exconya iaitu Exco Kesenian dan Kebudayaan Islam.

Pada awal penubuhannya, Nur I See dianggota 10 orang anggota tetapi atas faktor komitmen jumlah anggota kumpulan telah dikecilkan kepada lima orang sahaja. Mereka terdiri daripada mahasiswa-mahasiswa daripada Persatuan i Rakan sendiri.

Banyak pengalaman pahit manis yang telah dilalui oleh dilalui oleh Nur I See. Disamping mengadakan persembahan di dalam dan luar kampus, kumpulan ini juga menyertai beberapa pertandingan nasyid di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan juga tebuka. Antara pertandingan yang telah disertai adalah Pertandingan Nasyid IPT MMU 2007, Festival Nasyid UKM dan Pertandingan Nasyid Bintang Ramadhan anjuran MAYC. Alhamdulillah berkat usaha dan doa Nur I See telah menempa kejayaan dalam membentuk sebuah kumpulan yang matang disamping menyampaikan dakwah melalui hiburan. Maklumat lanjut dan jemputan persembahan bolehlah menghubungi talian berikut: 017-4700471/013-2995994

Tiada ulasan: