Sabtu, 13 Jun 2009

Nur I See @ Malam Kebudayaan Malaysia Indonesia


Alhamdulillah pada 10 Jun 2009, Nur I See telah mengadakan suatu persembahan nasyid bersempana dengan Malam Kebudayaan Malaysia-Indonesia anjuran Fakulti Sains Sosial dan Pengajian Industri (FSSPI), Universiti Industri Selangor (UNISEL) bertempat di Dewan Biru, Pusat Komunti Pelajar UNISEL, kampus Bestari Jaya. Program ini bertujuan untuk meraikan delegasi mahasiswa-mahasiswa Indonesia dalam rangka lawatan sambil belajar di UNISEL. Program tersebut telah dirasmikan oleh Dekan FSSPI. Pada malam tersebut Nur I See telah memperdengarkan 4 buah lagu termasuk sebuah lagu baru. Moga bertemu lagi pada persembahan yang akan datang.

Tiada ulasan: